Followers

Friday 11 November 2011

Lagu Rasmi dan Pakaian ketika latihan

Assalamuailaikum, 



Sejarah


Assalamuailaikum,




Wassalam,

Maksud Tersirat Warna Gayong

Salamun Alaik,

"Kami datang dari GUGUSAN PULAU BERAJA, berdarah PAHLAWANHITAM pakaian kami, kami datang dengan niat yang SUCI, dan sesungguhnya ISLAM adalah agama kami"

Inilah jawapan yang diberikan oleh seorang GURU TUA bila saya bertanyakan beliau soalan APA MAKSUD DISEBALIK WARNA-WARNA GAYONG YANG LIMA ITU?

Wallahua'lam

Keriteria dan Kuasa Sandang Kejurulatihan

Salamun Alaik,
Di samping struktur organisasi pentadbiran dan kuasa-kuasa adat yang dianugerah kepada anggota organisasi berkenaan, Silat Seni Gayong juga mengikhtiraf kemahiran dan kewibawaan guru dan jurulatih Gayong melalui penganugerahan Sandang Kegurulatihan.


Sandang Kegurulatihan dianugerah oleh Lembaga Waris Amanah atas syor Majlis Gurulatih Kebangsaan atau Pengarah Gurulatih setelah disokong oleh Ahli Eksekutif Jawatankuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan.  Kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada penerima sandang ini adalah tertakluk kepada panduan dan ketetapan yang dikeluarkan Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan.

Penerima Sandang Kegurulatihan merupakan guru atau jurulatih yang diakui mempunyai tahap kebolehan di peringkat tertentu mengikut kriteria serta syarat-syarat yang ditetapkan Majlis Gurulatih Kebangsaan.

Pada asasnya nilai kebolehan dan kriteria adalah bergantung kepada kecekapan, tahap pelajaran, tingkatan bengkong, pengalaman mengajar dan komitmen kepada pembangunan Silat Seni Gayong.


Kuasa yang dimiliki oleh penerima sandang ini adalah atas kapasiti mereka memegang jawatan dalam Majlis Gurulatih Kebangsaan.  Majlis Gurulatih Negeri atau sebarang kuasa yang ditauliahkan oleh Lembaga Waris Amanah.

Sandang yang dimaksudkan ialah:-


Panglima Hitam Chula Sakti

Hanya seorang dalam satu masa dan layak dipertimbangkan sebagai Pengarah Majlis Gurulatih Kebangsaan, syarat perlantikannya ialah:-
i.  hendaklah dikalangan Guru Tertinggi yang paling kanan dan dihormati serta masih aktif.

ii.  taat kepada arahan Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan.

iii. mempunyai pengetahuan adat-istiadat yang tinggi dan bersifat amanah.

iv. mampu mengajar pelajaran Silat Seni Gayong hingga ke peringkat Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti.


Panglima Singa Malaya

Tidak melebihi daripada tujuh orang dalam satu-satu masa.  Beliau layak dipertimbangkan sebagai Pengarah atau Timbalan Pengarah Majlis Gurulatih Kebangsaan.  Syarat perlantikannya ialah:-


i.  hendaklah dikalangan Guru Tertinggi yang dihormati serta masih aktif.

ii. taat kepada arahan Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan.

iii. mempunyai pengetahuan adat-istiadat yang tinggi dan bersifat amanah.

iv. mampu mengajar pelajaran Silat Seni Gayong hingga ke peringkat Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti.

Panglima Pelangi Hitam

Tidak melebihi daripada seorang dalam satu-satu negeri atau tidak lebih daripada tujuh orang yang bertugas di Pusat Latihan Tertinggi.  Syarat perlantikannya ialah:-


i. hendaklah dikalangan guru yang lulus ujian Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti paling senior dan dihormati serta masih aktif dalam sesebuah negeri atau berjawatan kanan di Pusat Latihan Tertinggi.

ii. mampu mengajar pelajaran Silat Seni Gayong hingga ke peringkat Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti.

iii. taat kepada arahan Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan.

iv. mempunyai pengetahuan yang baik dalam adat-istiadat dan bersifat amanah.


Panglima Chula Hitam

Tiada had bilangan dan syarat perlantikannya ialah:-


i.  hendaklah dikalangan guru yang lulus ujian Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti.

ii.  mampu mengajar pelajaran Silat Seni Gayong hingga ke peringkat Bengkong Pelangi Kuning Chula.

iii. mempunyai pengalaman mengajar Silat Seni Gayong sekurang-kurangnya tujuh tahun.

iv. mempunyai pengetahuan adat istiadat dan bersifat amanah.


Panglima Geliga Sakti / Serikandi Geliga Sakti


Tiada had bilangan dan syarat perlantikannya ialah:-


i.  hendaklah dikalangan jurulatih yang lulus sekurang-kurangnya ujian Bengkong Pelangi Kuning.

ii.  mampu mengajar pelajaran Silat Seni Gayong hingga ke peringkat Bengkong Pelangi Merah Chula.

iii. mempunyai pengetahuan adat-istiadat yang tinggi dan bersifat amanah.


Panglima Amanah Sakti / Serikandi Amanah Sakti


Tiada had bilangan dan syarat perlantikannya ialah:-


i.  hendaklah dikalangan penolong jurulatih yang lulus sekurang-kurangnya ujian Bengkong Pelangi Merah Chula.

ii.  mampu mengajar pelajaran Silat Seni Gayong hingga ke peringkat Bengkong Pelangi Merah.

iii.  mempunyai pengetahuan adat-istiadat yang tinggi dan bersifat amanah.

*dipetik dari buku Organisasi dan Kuasa Adat PSSGM.

Wallahua'lam

Peringkat Bengkung(Tali Pinggang)Gayong Dan Sandang Kebesaran Seni Gayong

Assalamualaikum,
Untuk pengetahuan pembaca, Pelangi Chula Sakti 7 hanya Milik Kekal Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman

SANDANG KEBESARAN SILAT SENI GAYONG

 

Sandang kebesaran ini adalah hak progatif (istimewa) Dato' Mahaguru. Selepas pemergiannya, kuasa untuk menganugerahkan sandang kebesaran ini terletak kepada Lembaga Waris Amanah.

Sandang kebesaran ini dianugerahkan kepada individu tertentu mengikut kategorinya. Kategori sandang kebesaran terbahagi kepada:

   1. Sandang Mahaguru

   2. Sandang Protokol

   3. Sandang Berjawatan

   4. Sandang Kegurulatihan

   5. Sandang Kehormat

   6. Sandang Khas

 

Sandang Mahaguru

Sandang ini hanya layak dimiliki oleh Allahyarham Dato' Mahaguru Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd. Hashim selaku Pewaris Agung Gayong.

 

Sandang Protokol

Sandang ini dianugerahkan kepada KDYMM Raja-raja Melayu dan pemimpin-pemimpin negara atau negeri yang menerima perlantikan dalam jawatan protokol Lembaga Beradat Kebangsaan.

 

Sandang Berjawatan

Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong yang diamanahkan menduduki jawatan samada dalam ahli eksekutif atau ahli Jawatakuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan, ahli jawatankuasa Lembaga Beradat Negeri dan ahli Majlis Teringgi Gurulatih.

 

Sandang Kegurulatihan

Sandang ini dianugerahkan kepada guru atau jurulatih Gayong yang mencapai tahap pelajaran dan kebolehan tertentu.

 

Sandang Kehormat

Sandang ini dianugerahkan kepada ahli Gayong atau individu tertentu sebagai satu penghargaan atas jasa atau sumbangan mereka kepada pembangunan negara dan Silat Seni Gayong.

 

Sandang Khas

Sandang ini adalah sandang peribadi yang dianugerahkan kepada pemimpin negara dan murid atau guru Gayong yang mempunyai kebolehan khas tertentu. Corak sandang ini bergantung kepada pemakainya.
  1. Harimau Singa Berantai
  2. Kuda Gila
  3. Singa Berantai
  4. Naga Bora
  5. Harimau Berantai
  6. Lipan Bara
  7. Kumbang Hitam

Mana-mana sandang yang ingin ditauliahkan kepada individu yang layak boleh disyorkan oleh Majlis atau Jawatankuasa berkenaan tetapi tiada Sandang Berjawatan Peringkat Kebangsaan, Sandang Kegurulatihan, Sandang Kehormat dan Sandang Khas boleh ditauliahkan tanpa mendapat kelulusan Waris Amanah Mahaguru atau Lembaga Waris Amanah terlebih dahulu.

Pengenalan Kenaikan Pangkat (Bengkong) dalam Silat Gayong Malaysia

Thursday 10 November 2011

Kejayaan Pesilat SMSL dalam Kejohanan Seni Mempertahankan Diri tahun 2010

Salammun Alaik,
Kejohanan SMD 2010

Aksi pesilat ketika bertanding.

Sembah hormat yang dilakukan oleh Faiz Aizad dan Izzat Kassim sebelum acara dimulakan.

Pencapaian Pasukan Silat SM Sains Labuan 2010.


Kejohanan SMD pada tahun 2010 diwakili seramai 8 orang dari pelajar SM Sains Labuan iaitu, Faiz Aizad, Izzat Kassim , Hamka, Hafiz, Bibi , Hajariah , Rahmah, Syafiqah. Tahniah diucapkan kepada semua ahli2 yang telah bekerja keras dalam mengharumkan nama PSSGM gelanggang SMSL!



Wassalam.

Kejayaan Pesilat SMSL dalam Kejohanan Seni Mempertahankan Diri tahun 2009

Salamun Alaik,

Labuan Team 2009 

Kontijen pesilat Labuan 2009

Dari kiri Shamin , Fitriah , Aida dan Hafizatul


Pada kejohanan ini, peserta yang mewakili Labuan dari Sekolah Menengah Sains Labuan sebanyak 4 orang iaitu Aida Adriana Jeffry, Fitriah Alidin, Shamin Sorfina Shamsul Kamal dan Hafizatul Nasuha. Dua orang daripada peserta tersebut, Fitriah Alidin dan Aida Adriana Jeffry telah meraih pingat gangsa dalam acara pukulan maut kategori perempuan. Tahniah diucapkan kepada semua ahli2 yang telah bekerja keras dalam mengharumkan nama PSSGM gelanggang SMSL!

 Wassalam,




SELAMAT DATANG

Assalamualaikum,


Ahli Persatuan Silat Seni Gayong tahun 2009
Selamat datang ke blog kami , blog ini dikongsi beberapa maklumat yg diperoleh sepanjang ahli-ahli silat Gayong Malaysia di Sekolah Menengah Sains Labuan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan setiap tahun. Diharap segala perkongsian membawa manfaat kepada pembaca. 
Selamat membaca .