Followers

Saturday, 17 March 2012

Kursus Jurus Wajib 2011

Salamun Alaik,
Sekolah Menengah Sains Labuan telah menghantar 3 orang wakil dan seorang guru pengiring untuk mengikuti Kursus Jurus Wajib 2011 bertempat di Asrama 1 Malaysia, Kuala Lumpur. Peserta-peserta tersebut ialah Izzat Kassim, Hamka Saiful, Hafiz Yusof dan guru pengiring iaitu Cikgu Azizan Ibrahim. 2 daripada peserta ini telah terpilih menjadi 6 peserta terbaek dari kursus tersebut iaitu Izzat dan Hamka.

Kuala Lumpur destinasi Kursus

Asrama 1 Malaysia, tempat Kursus...

Ucapan dari wakil penganjur.

Izzat dan Hamka 2 peserta dari 6 peserta terbaik Kurus Jurus Wajib 2011.

Wallahua'alam

Kursus Jurus Wajib 2011

Assalamualaikum,

Kejohanan Pencak Silat 2011

Assalamualaikum,
Pada tahun 2011, Sekolah Menengah Sains Labuan telah menghantar seramai 5 orang untuk mewakili labuan dalam Kejohanan Pencak Silat 2011 bertempat di Kuching, Sarawak.Pelajar-pelajar tersebut ialah Faiz Aizad, Izzat Kassim, Hamka Saiful, Irfan dan Fadilah. Kejohanan tersebut diadakan dalam tempoh seminggu. Katergori yang dipertandingkan : Tempur Tangan Kosong (L/P), Jurus Wajib (L), Solo (L/P), Masal (P)dan Musik Iringan.Keputusan para juri yang menunjukkan bahawa tuan rumah menunjukkan persembahan yang cemerlang dan meraih gelaran JOHAN KESELURUHAN. Walaubagaimanapun pulang dengan tangan kosong, atlet-atlet ini telah memberikan sepenuh komitmen yang bagus dalam pertandingan.

Para peserta berkumpul sebelum pertandingan bermula.

Gerakan Solo dari pasukan Sarawak

Bergambar sebentar sebelum memasuki gelanggang.


Sekian sahaja daripada penulis.Diharapkan pelajar-pelajar lain dapat menunjukkan bakat yang terpendam untuk menjadi pelapis pada masa akan datang.Wassalam..

Friday, 11 November 2011

Lagu Rasmi dan Pakaian ketika latihan

Assalamuailaikum, 



Sejarah


Assalamuailaikum,




Wassalam,

Maksud Tersirat Warna Gayong

Salamun Alaik,

"Kami datang dari GUGUSAN PULAU BERAJA, berdarah PAHLAWANHITAM pakaian kami, kami datang dengan niat yang SUCI, dan sesungguhnya ISLAM adalah agama kami"

Inilah jawapan yang diberikan oleh seorang GURU TUA bila saya bertanyakan beliau soalan APA MAKSUD DISEBALIK WARNA-WARNA GAYONG YANG LIMA ITU?

Wallahua'lam

Keriteria dan Kuasa Sandang Kejurulatihan

Salamun Alaik,
Di samping struktur organisasi pentadbiran dan kuasa-kuasa adat yang dianugerah kepada anggota organisasi berkenaan, Silat Seni Gayong juga mengikhtiraf kemahiran dan kewibawaan guru dan jurulatih Gayong melalui penganugerahan Sandang Kegurulatihan.


Sandang Kegurulatihan dianugerah oleh Lembaga Waris Amanah atas syor Majlis Gurulatih Kebangsaan atau Pengarah Gurulatih setelah disokong oleh Ahli Eksekutif Jawatankuasa Agung Lembaga Beradat Kebangsaan.  Kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada penerima sandang ini adalah tertakluk kepada panduan dan ketetapan yang dikeluarkan Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan.

Penerima Sandang Kegurulatihan merupakan guru atau jurulatih yang diakui mempunyai tahap kebolehan di peringkat tertentu mengikut kriteria serta syarat-syarat yang ditetapkan Majlis Gurulatih Kebangsaan.

Pada asasnya nilai kebolehan dan kriteria adalah bergantung kepada kecekapan, tahap pelajaran, tingkatan bengkong, pengalaman mengajar dan komitmen kepada pembangunan Silat Seni Gayong.


Kuasa yang dimiliki oleh penerima sandang ini adalah atas kapasiti mereka memegang jawatan dalam Majlis Gurulatih Kebangsaan.  Majlis Gurulatih Negeri atau sebarang kuasa yang ditauliahkan oleh Lembaga Waris Amanah.

Sandang yang dimaksudkan ialah:-


Panglima Hitam Chula Sakti

Hanya seorang dalam satu masa dan layak dipertimbangkan sebagai Pengarah Majlis Gurulatih Kebangsaan, syarat perlantikannya ialah:-
i.  hendaklah dikalangan Guru Tertinggi yang paling kanan dan dihormati serta masih aktif.

ii.  taat kepada arahan Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan.

iii. mempunyai pengetahuan adat-istiadat yang tinggi dan bersifat amanah.

iv. mampu mengajar pelajaran Silat Seni Gayong hingga ke peringkat Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti.


Panglima Singa Malaya

Tidak melebihi daripada tujuh orang dalam satu-satu masa.  Beliau layak dipertimbangkan sebagai Pengarah atau Timbalan Pengarah Majlis Gurulatih Kebangsaan.  Syarat perlantikannya ialah:-


i.  hendaklah dikalangan Guru Tertinggi yang dihormati serta masih aktif.

ii. taat kepada arahan Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan.

iii. mempunyai pengetahuan adat-istiadat yang tinggi dan bersifat amanah.

iv. mampu mengajar pelajaran Silat Seni Gayong hingga ke peringkat Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti.

Panglima Pelangi Hitam

Tidak melebihi daripada seorang dalam satu-satu negeri atau tidak lebih daripada tujuh orang yang bertugas di Pusat Latihan Tertinggi.  Syarat perlantikannya ialah:-


i. hendaklah dikalangan guru yang lulus ujian Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti paling senior dan dihormati serta masih aktif dalam sesebuah negeri atau berjawatan kanan di Pusat Latihan Tertinggi.

ii. mampu mengajar pelajaran Silat Seni Gayong hingga ke peringkat Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti.

iii. taat kepada arahan Majlis Tertinggi Lembaga Beradat Kebangsaan.

iv. mempunyai pengetahuan yang baik dalam adat-istiadat dan bersifat amanah.


Panglima Chula Hitam

Tiada had bilangan dan syarat perlantikannya ialah:-


i.  hendaklah dikalangan guru yang lulus ujian Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti.

ii.  mampu mengajar pelajaran Silat Seni Gayong hingga ke peringkat Bengkong Pelangi Kuning Chula.

iii. mempunyai pengalaman mengajar Silat Seni Gayong sekurang-kurangnya tujuh tahun.

iv. mempunyai pengetahuan adat istiadat dan bersifat amanah.


Panglima Geliga Sakti / Serikandi Geliga Sakti


Tiada had bilangan dan syarat perlantikannya ialah:-


i.  hendaklah dikalangan jurulatih yang lulus sekurang-kurangnya ujian Bengkong Pelangi Kuning.

ii.  mampu mengajar pelajaran Silat Seni Gayong hingga ke peringkat Bengkong Pelangi Merah Chula.

iii. mempunyai pengetahuan adat-istiadat yang tinggi dan bersifat amanah.


Panglima Amanah Sakti / Serikandi Amanah Sakti


Tiada had bilangan dan syarat perlantikannya ialah:-


i.  hendaklah dikalangan penolong jurulatih yang lulus sekurang-kurangnya ujian Bengkong Pelangi Merah Chula.

ii.  mampu mengajar pelajaran Silat Seni Gayong hingga ke peringkat Bengkong Pelangi Merah.

iii.  mempunyai pengetahuan adat-istiadat yang tinggi dan bersifat amanah.

*dipetik dari buku Organisasi dan Kuasa Adat PSSGM.

Wallahua'lam